Am 03/08/2026 10:38 AM

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Bercampur-campur

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Niaga Hadapan KLCI Dibuka Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives bercampur-campur dalam dagangan awal pada Isnin.

Pada 9.33 pagi, kontrak Ogos 2026 tidak berubah pada 1,732.5 manakala September 2026 dan Disember 2026, masing-masing meningkat 0.5 mata kepada 1,711 dan 1,714.5 manakala Mac 2027 menurun 11.5 mata kepada 1,702.5.

Jumlah dagangan sebanyak 1,893 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 42,715 kontrak.

Pada 9.07 pagi, FBM KLCI menurun 4.56 mata kepada 1,720.34 daripada 1,724.90 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA