Dunia 01/08/2026 11:17 AM

Pegawai Marin AS Sahkan Pesawat F-35 Terhempas Di California - Media

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Pegawai Marin AS Sahkan Pesawat F-35 Terhempas Di California - Media

LOS ANGELES, 1 Ogos (Bernama-Xinhua) -- Pegawai Kor Marin Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mengesahkan pasukan kecemasan dikerahkan susulan sebuah pesawat pejuang F-35B terhempas berhampiran Pangkalan Udara Kor Marin Miramar (MCAS Miramar) di San Diego, California, lapor Xinhua yang memetik media tempatan.

Insiden berlaku kira-kira 10 pagi waktu tempatan. 

Pihak berkuasa berkata juruterbang berjaya melenting keluar dengan selamat dan telah diselamatkan.

“Kami mengesahkan insiden membabitkan sebuah pesawat F-35B milik Kor Marin di sekitar MCAS Miramar.

“Juruterbang berjaya melenting keluar, diselamatkan dan sedang dibawa ke kemudahan perubatan,” kata jurucakap pangkalan itu dalam satu kenyataan.

Menurut laporan media, pesawat itu ditempatkan di bawah Sayap Udara Marin Ke-3, Kumpulan Udara Marin 11.

Punca nahas masih dalam siasatan.

F-35B ialah pesawat pejuang Kor Marin AS yang berkeupayaan berlepas dalam jarak pendek dan mendarat secara menegak.

MCAS Miramar merupakan antara pangkalan udara utama tentera AS dan menempatkan kira-kira 15,000 anggota daripada semua cabang angkatan tenteranya, menurut CNN.

-- BERNAMA-XINHUA