Dunia 01/08/2026 09:02 AM

Polis India Siasat Meta Berhubung Video Modi Janaan AI

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Polis India Siasat Meta Berhubung Video Modi Janaan AI
Narendra Modi--REUTERS

MOSCOW, 31 Julai (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Polis jenayah siber India telah membuka kertas siasatan terhadap Pengarah Meta India selepas video janaan kecerdasan buatan (AI) yang memaparkan Perdana Menteri Narendra Modi tular di media sosial, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik akhbar India Today pada Jumaat.

Kes terhadap Arun Srinivas disiasat beberapa hari selepas polis memanggil wakil syarikat teknologi berkenaan untuk memberi taklimat kepada penyiasat berhubung mekanisme mengesan dan memadamkan kandungan janaan AI.

Video palsu berunsur penghinaan yang memaparkan Modi mula tersebar luas semasa protes penuntut universiti.

Polis Jenayah Siber kini sedang menyiasat punca asal video yang telah diubah suai itu serta langkah-langkah yang diambil oleh Meta bagi membendung penyebarannya.

Siasatan itu dilaporkan masih berada pada peringkat awal.

--BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI