Dunia 01/08/2026 08:57 AM

Chevron, Exxonmobil Catat Untung Besar Disokong Kenaikan Harga Minyak Akibat Perang

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Chevron, Exxonmobil Catat Untung Besar Disokong Kenaikan Harga Minyak Akibat Perang
--REUTERS

NEW YORK, 31 Julai (Bernama-dpa) -- Gergasi minyak Amerika Syarikat (AS), Chevron dan ExxonMobil melaporkan kenaikan keuntungan yang tinggi dalam suku kedua pada Jumaat selepas Perang Iran meningkatkan harga minyak mentah, sekali gus melonjakkan pendapatan pengeluar tenaga utama itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Keuntungan bersih Chevron meningkat lebih empat kali ganda berbanding tempoh sama tahun lepas melepasi US$12 bilion, manakala Exxon mencatatkan pendapatan kira-kira US$14.5 bilion, meningkat lebih dua kali ganda berbanding angka tahun lepas.

Keputusan kewangan yang luar biasa itu menyusuli lonjakan harga minyak global apabila perang antara AS dan Iran, yang kini memasuki bulan keenam, mengganggu pasaran tenaga dan meningkatkan kebimbangan terhadap jaminan bekalan minyak di Asia Barat.

Selat Hormuz, laluan perairan kritikal yang mengendalikan kira-kira satu perlima daripada bekalan minyak dunia, kekal ditutup kepada lalu lintas perkapalan.

Hasil suku tahunan Chevron meningkat kepada US$70 bilion, manakala ExxonMobil menjana perolehan melebihi US$116 bilion sepanjang suku berkenaan.

-- BERNAMA-dpa