07/07/2026 11:11 AM
Amaran Ribut Petir Di Enam Negeri, Labuan Hingga 12 Tengah Hari
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda enam negeri dan Labuan hingga 12 tengah hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu diramalkan berlaku di Perak melibatkan Bagan Datuk dan Hilir Perak, Selangor (Sabak Bernam dan Kuala Selangor), dan Negeri Sembilan (Port Dickson).
Amaran sama turut dikeluarkan bagi Melaka, dan Sarawak membabitkan Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Kapit) serta Bintulu.
Di Sabah, kawasan yang dijangka terjejas ialah Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Tawau dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan).
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- Kerajaan Perkenal Program Pengakuan Sukarela E-Invois Hingga 31 Dis 2027 - PM Anwar
- Niaga Hadapan KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal
- Proses Pengundian Awal Di IPK Johor Berjalan Lancar Meskipun Hujan Lebat
- Polis Minta Kesan Dua Remaja Hilang Di Hulu Kelang Dan Ukay Perdana
- Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Awal Jejas Sentimen Pasaran