01/07/2026 09:16 PM
Hujan Lebat, Ribut Petir Di Tujuh Negeri Hingga 1 Pagi
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda tujuh negeri hingga 1 pagi ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Kedah melibatkan Langkawi, Perak (Kampar, Batang Padang dan Mualim) dan Kelantan (Gua Musang).
Amaran sama turut dikeluarkan bagi Terengganu, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Jerantut) dan Selangor (Hulu Selangor).
Di Sabah, kawasan yang dijangka terjejas ialah Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Ranau), Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) serta Kudat.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- PH Tawar Agenda Pembangunan Mampan, Gilap Potensi Johor - Amirudin
- Palestin Beri Amaran Pelan Israel Rampas 100 Lokasi Di Tebing Barat
- Macron, Ketua WHO Beri Amaran Dunia Digital Pengaruhi Kesihatan Kanak-kanak
- PRN Johor Unik, Medan Terjemah Kematangan Demokrasi
- Cadangan Pembangunan BEZ Malaysia-Thailand Akan Dirunding Secara Dua Hala