01/07/2026 09:12 PM
Anwar Teruja Bertemu Legenda Bina Badan Dexter Jackson
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkongsi keterujaan beliau selepas berkesempatan bertemu legenda bina badan dunia Dexter Jackson.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau turut memuat naik gambar bersalaman dengan juara Mr Olympia 2008 itu.
“Ketemu legenda bina badan dunia, juara Mr. Olympia 2008 dan Masters Mr. Olympia 2012 iaitu Dexter Jackson.
"Saya terinspirasi. Nampak gaya kena masuk gim nanti," katanya menerusi hantaran tersebut.
Jackson, 56, memegang rekod sebagai juara Arnold Classic sebanyak sembilan kali.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- PH Tawar Agenda Pembangunan Mampan, Gilap Potensi Johor - Amirudin
- Palestin Beri Amaran Pelan Israel Rampas 100 Lokasi Di Tebing Barat
- Macron, Ketua WHO Beri Amaran Dunia Digital Pengaruhi Kesihatan Kanak-kanak
- PRN Johor Unik, Medan Terjemah Kematangan Demokrasi
- Cadangan Pembangunan BEZ Malaysia-Thailand Akan Dirunding Secara Dua Hala