Fahmi Terima Kunjungan Hormat Duta Malaysia Ke Lubnan
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hari ini menerima kunjungan hormat Duta Malaysia ke Lubnan Anwar Udzir.
Fahmi menerusi hantaran di Facebook berkata pertemuan itu penting bagi terus memperkukuh hubungan kerja, bertukar pandangan serta meneliti perkembangan semasa melibatkan kepentingan Malaysia di peringkat antarabangsa.
“TYT Anwar Udzir telah menerima watikah pelantikan sebagai Duta Malaysia ke Lubnan daripada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 18 Mei 2026 yang lalu.
“Saya ucapkan selamat menjalankan tugas dan semoga sentiasa dikurniakan kemudahan dalam menjalankan tanggungjawab beliau mewakili Malaysia di Lubnan," katanya.
Fahmi berkata beliau mengenali Anwar ketika diplomat itu bersama pasukannya membantu penganjuran Mesyuarat Menteri Asia-Pacific Telecommunity di Tokyo, Jepun tahun lepas.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- PH Tawar Agenda Pembangunan Mampan, Gilap Potensi Johor - Amirudin
- Palestin Beri Amaran Pelan Israel Rampas 100 Lokasi Di Tebing Barat
- Macron, Ketua WHO Beri Amaran Dunia Digital Pengaruhi Kesihatan Kanak-kanak
- PRN Johor Unik, Medan Terjemah Kematangan Demokrasi
- Cadangan Pembangunan BEZ Malaysia-Thailand Akan Dirunding Secara Dua Hala