Malaysia Sumbang US$1juta Untuk UNRWA
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Malaysia mengikrarkan sumbangan US$1 juta (US$1=RM4.07) kepada Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) pada persidangan penderma UNRWA di New York pada Selasa.
Kementerian Luar, dalam satu kenyataan pada Rabu, berkata Malaysia terus menyokong kuat UNRWA dan peranan utamanya dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan, pendidikan, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan perlindungan yang menyelamatkan nyawa kepada pelarian Palestin.
“Sumbangan itu akan diagihkan setiap tahun dalam jumlah US$200,000 dari 2026 hingga 2030. Usaha ini ialah manifestasi nilai Amanah dan Belas Kasihan dalam rangka kerja Malaysia MADANI,” katanya.
Malaysia akan terus menyokong UNRWA supaya ia dapat memenuhi mandatnya terhadap rakyat Palestin, tambah kenyataan itu.
-- BERNAMA
Berita terkini
- Cadangan Pembangunan BEZ Malaysia-Thailand Akan Dirunding Secara Dua Hala
- 7,787 Isi Rumah Raih Manfaat Program IPR Sejak Pelaksanaan Hampir Tiga Tahun
- Jentera PH Tidak Gentar Dengan Arahan PAS Sokong BN
- JaPEN Perkukuh Pendekatan Digital, Kekal Komunikasi Bersemuka Sampaikan Maklumat
- Kuasa Pertengahan Perlu Perkukuh Kerjasama, Perkasa Keupayaan Bertindak Strategik