Cadangan Penyertaan Program Promosi Eksport Negara Bagi 2026 Disemak Semula - KSN
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Semua cadangan penyertaan dalam program promosi eksport negara bagi tahun 2026 disemak semula bagi memastikan peruntukan kerajaan dioptimumkan kepada program berimpak tinggi, berorientasikan hasil serta mempunyai potensi pasaran yang lebih kukuh.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata keputusan itu dipersetujui pada Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Eksport (JK-X) Bil. 2 Tahun 2026 yang dipengerusikannya hari ini bagi meneliti semula hala tuju program promosi eksport negara.
Beliau berkata penelitian itu bertujuan memastikan setiap penyertaan kementerian dan agensi benar-benar memberi nilai tambah kepada ekonomi negara.
"Eksport negara tidak boleh bergerak secara rutin ketika landskap perdagangan global sedang berubah dengan begitu pantas," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Shamsul Azri berkata kerajaan akan terus memperkukuh pendekatan whole-of-government bagi memastikan ekosistem eksport negara kekal tangkas, berdaya saing dan mampu merebut peluang baharu meskipun berdepan cabaran perdagangan global yang semakin dinamik.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- Usaha Banteras Rasuah Tuntut Kerjasama Semua Pihak - PM Anwar
- RHB Bank Selesai Terbitan Nota Tahap 2 Bernilai RM410 Juta
- Kelajuan Respons Menjadi Kunci Tangani Ancaman Digital, MCCA Sokong Ruu Jenayah Siber 2026
- Bekas Pelajar Persendirian Gagal Teruskan Saman Kes Buli Terhadap KPM, Kerajaan
- PAAB Lancar Rangka Kerja Kewangan Islam Mampan, Tampilkan Pembiayaan Biru