28/06/2026 11:48 PM
Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Enam Negeri Hingga 3 Pagi
KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri hingga 3 pagi ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri terlibat ialah seluruh negeri Perlis, Kedah (Langkawi dan Kubang Pasu), Perak (Hulu Perak) dan Kelantan (Bachok, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang).
Keadaan sama turut diramalkan di Terengganu melibatkan kawasan Besut, Marang dan Dungun manakala di Pahang cuaca itu dijangka melanda Jerantut, Temerloh dan Kuantan.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- PRN Johor: Polis Buka Tiga Kertas Siasatan Berkaitan Cubaan Khianat, Kecenderungan Menghasut
- LRT3 Mampu Tampung Unjuran Penumpang Sehingga 2040 - Hasbi
- PRN Johor : Pengundi Muda, Atas Pagar Bakal Jadi Penentu Di Kerusi Sengit - Penganalisis Politik
- Hampir 1,000 Komuniti Setempat Sertai Program Sentuhan Kasih UKM@Johor
- Institusi Tempatan Teruskan Belian Bersih Bagi Minggu Ke-11 Berturut-turut