Fahmi Ucap Takziah Kepada Keluarga Bekas Ketua Cawangan MyGCCC
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ketua Cawangan Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MyGCC) Yazman Yahya yang meninggal dunia pagi tadi.
Menerusi hantaran di laman Facebook hari ini, Fahmi menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang berdedikasi serta menjalankan tugas dengan baik.
"Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham serta mengampuni segala dosanya.
"Semoga seluruh ahli keluarga bertabah dan bersabar dalam menghadapi dugaan besar ini. Al-Fatihah," katanya menerusi hantaran tersebut.
MyGCC yang berfungsi di bawah Kementerian Komunikasi merupakan pusat panggilan setempat dan hub komunikasi rasmi kerajaan Malaysia.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- Bursa Malaysia Keluar Pertanyaan UMA Kepada Silver Ridge Susulan Penurunan Harga Saham
- Pembangunan Seimbang, Tarik Pelaburan Fokus Danish Hossman Di Johor Lama
- Kanak-kanak Cedera Tapak Tangan Tertusuk Paku Ketika Bermain Di Kebun
- Misi Perniagaan Itali-Malaysia Teroka Peluang Perniagaan Baharu
- Bomba Selamatkan Enam Mangsa Terperangkap Kepala Air Di Yan