24/06/2026 06:48 PM
Niaga Hadapan KLCI Ditutup Meningkat Seiring Prestasi Pasaran Tunai
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup meningkat pada Rabu, menjejaki prestasi asas pasaran tunai.
Kontrak-kontrak semasa Jun 2026 meraih 7.0 mata kepada 1,691.0, Julai 2026 naik 8.0 mata kepada 1,694.0, September 2026 meningkat 8.5 mata kepada 1,674.50 dan Disember 2026 menokok 5.5 mata kepada 1,673.50.
Jumlah dagangan meningkat kepada 14,824 lot daripada 11,480 lot semalam dan kepentingan terbuka bertambah kepada 45,677 kontrak daripada 43,343 kontrak.
Pada 5 petang, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI meningkat 0.13 peratus atau 2.21 mata kepada 1,682.13 berbanding paras penutupan Selasa pada 1,679.92.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- Jumlah Kanak-kanak Kekurangan Zat Di Afghanistan Meningkat Mendadak-MSF
- Piala Dunia 2026 Pecah Rekod Kehadiran Sepanjang Zaman Dengan 3.6 Juta Peminat
- Hari Keempat Rundingan Israel- Lubnan Tajaan AS Bermula Di Washington
- Lelaki Memandu Di Bawah Pengaruh Dadah Langgar Lima Kenderaan
- ASEAN Perlu Bergerak Ke Arah Ekosistem STI Lebih Bersepadu - Chang