20/06/2026 01:55 PM
Hujan Lebat, Ribur Petir Dijangka Landa Tiga Negeri, Labuan Sehingga 3 Petang
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan hingga 3 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu melibatkan kawasan Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Amaran sama dikeluarkan membabitkan kawasan Sarikei (Julau), Kapit (Song), Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri dan Limbang (Limbang).
Sementara itu di Sabah, keadaan sama dijangka melanda Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar), Sandakan (Beluran) dan Kudat (Pitas).
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- Jepun Tewaskan Tunisia 4-0, Kekal Rekod Tanpa Kalah Dalam Kumpulan F Piala Dunia
- Laos Tumpaskan Rangkaian Penyeludupan Hidupan Liar Mekong, Selamatkan Hampir 300 Haiwan
- Kawasan Terjejas Ribut Di Bercham Ditutup, Aktiviti Pergerakan Dihadkan - Polis
- Malaysia Pada Kedudukan Kukuh Teraju Pembiayaan Peralihan Tenaga - TNB
- KPKT Laksana Reformasi CCC Perkukuh Pembandaran Mampan