19/06/2026 11:37 AM

Agong Terima Mengadap Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima mengadap Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan Mohd Khalid bersama Seri Paduka Baginda yang juga Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat Polis Diraja Malaysia (PDRM) berlangsung di Istana Bukit Tunku, di sini. 

Semasa sesi menghadap itu, Sultan Ibrahim turut berkenan menerima sembah taklimat daripada Mohd Khalid mengenai pelbagai perkara berkaitan keselamatan dan ketenteraman awam negara.

-- BERNAMA