18/06/2026 08:21 AM
Final Jelajah PSA 2025-2026: Sivasangari Ke Separuh Akhir
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Pemain skuasy wanita negara S. Sivasangari melangkah ke separuh akhir Final Jelajah PSA 2025/2026 selepas menewaskan wakil Jepun Satomi Watanabe awal pagi tadi.
Pada aksi berlangsung Centquatre-Paris, Perancis, pemain berusia 27 tahun itu tidak berdepan masalah untuk menundukkan lawannya 11-9, 11-6, 11-9 dalam tempoh 35 minit.
Menanti Sivasangari di separuh akhir yang dijadualkan berlangsung awal pagi Sabtu waktu Malaysia, ialah pilihan pertama kejohanan Amina Orfi dari Mesir.
Terdahulu, Amina mengesahkan slot di separuh akhir selepas menumpaskan wakil Belgium, Tinne Gilis 11-1, 11-8, 6-11, 11-5 dalam tempoh 57 minit.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- Malaysian Re, China Re Life Tandatangani Perjanjian Bersejarah Bagi Perlindungan Rawatan Kanser
- ASEAN, SCO Perlu Gembleng Sumber Tangani Jenayah Rentas Sempadan, Kerjasama Tenaga -- PM Anwar
- Niaga Hadapan MSM Ditutup Kebanyakannya Rendah
- Malaysia Teliti Secara Serius Perluas Penyelesaian Bayaran Perdagangan Luar Negara dalam Mata Wang Tempatan - PM Anwar
- Saringan Lebih Sistematik Perlu Bagi Tangani Kekurangan Zat Besi Dalam Kalangan Kanak-kanak