Polis Kesan Remaja Hilang Ketika Keluar Bersiar-siar Di Pantai Teluk Ketapang
KUALA TERENGGANU, 17 Jun (Bernama) -- Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan yang hilang ketika keluar bersiar-bersiar bersama keluarganya di Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus pada 29 Mei lepas.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata ketika kejadian, Amiratul Husna Mohd Shany, 13, memakai baju-T lengan panjang dan seluar berwarna hitam serta tudung bercorak petak berwarna ungu.
Beliau berkata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Sawa, Marang itu memiliki ketinggian sekitar 152 sentimeter, berkulit sawo matang dan berat badan sekitar 50 kilogram.
“Laporan polis dibuat oleh ibu bapa mangsa pada 30 Mei lepas. Menurut laporan mangsa keluar bersama keluarga kira-kira 6 petang sehari sebelum itu. Tetapi ketika berada di tapak niaga Teluk Ketapang, mangsa didapati hilang selepas memaklumkan bapanya untuk ke lokasi ibunya berada.
“Bapa mangsa telah cuba menghubungi telefon bimbit dan mencarinya di sekitar kawasan tersebut, namun gagal,” katanya dalam kenyataan di sini.
Azli berkata orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai penyiasat menerusi talian 016-7943735 atau ke balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- Lawatan Ke Turkmenistan Capai Matlamat, Kukuh Hubungan Dua Negara - Anwar
- Lima Wakil Negara Ke Separuh Akhir Terbuka Macau
- Pengunjung Teruja Meriahkan Malam Pertama Konsert Riuh Pi HAWANA
- Fahmi Puji Sambutan Riuh Pi HAWANA, Harap Tarik Lebih Ramai Pengunjung
- Tiga Bayi Antara 20 Mangsa Terselamat Dalam Kejadian Kepala Air Di GopengĀ