Airbus Sahkan Pembatalan Tempahan 15 Pesawat A330-900 Untuk Airasia X
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Airbus telah mengesahkan bahawa pesanan AirAsia X untuk 15 pesawat Airbus A330-900 telah dibatalkan melalui persetujuan bersama antara kedua-dua pihak.
"Airbus mengesahkan bahawa pesanan itu dibatalkan melalui persetujuan bersama," kata jurucakap Airbus kepada Bernama.
Dilaporkan bahawa pembatalan diumumkan sebelum ini berikutan langkah peralihan di seluruh Kumpulan AirAsia ke arah pesawat berbadan sempit jarak jauh.
Bagaimanapun, AirAsia X enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
Pada mulanya, semua pesawat A330neo ditempah oleh AirAsia X adalah model A330-900 yang lebih besar, menawarkan rangkaian untuk mengendalikan perkhidmatan tanpa henti ke Eropah termasuk antara Kuala Lumpur dan London.
Awal tahun ini, kumpulan itu membuat pesanan untuk 50 pesawat Airbus A321XLR sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan rangkaiannya.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- Lawatan Ke Turkmenistan Capai Matlamat, Kukuh Hubungan Dua Negara - Anwar
- Lima Wakil Negara Ke Separuh Akhir Terbuka Macau
- Pengunjung Teruja Meriahkan Malam Pertama Konsert Riuh Pi HAWANA
- Fahmi Puji Sambutan Riuh Pi HAWANA, Harap Tarik Lebih Ramai Pengunjung
- Tiga Bayi Antara 20 Mangsa Terselamat Dalam Kejadian Kepala Air Di GopengĀ