BN Guna Logo Dacing Pada PRN Johor Dan Negeri Sembilan - Zambry
JOHOR BAHRU, 13 Jun (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) memuktamadkan pendirian untuk bertanding menggunakan logo dacing dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan akan datang.
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata perkara itu antara lima keputusan utama yang dicapai dalam Mesyuarat Agung Tahunan gabungan politik berkenaan di Pejabat Badan Perhubungan UMNO Johor hari ini.
“PRN Johor dan Negeri Sembilan menjadi fokus utama BN, dengan seluruh jentera parti digerakkan secara menyeluruh bagi memastikan kemenangan,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Menteri Pendidikan Tinggi itu turut mengulangi pendirian bahawa BN kekal teguh mendukung Kerajaan Perpaduan sedia ada sehingga tamat penggal.
Beliau berkata komitmen itu penting bagi menjamin kestabilan politik negara, mengekalkan keyakinan pelabur asing dan memastikan kelangsungan agenda pembangunan ekonomi demi kesejahteraan rakyat.
PRN Johor dan Negeri Sembilan masing-masing ditetapkan pada 11 Julai serta 1 Ogos depan.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- Bernama Menang Lima Anugerah Media Kelantan 2025 Sempena HAWANA
- Bernama Rangkul Enam Anugerah Utama, Tujuh Merit Pada Kinabalu Press Awards 2026
- BN Guna Logo Dacing Pada PRN Johor Dan Negeri Sembilan - Zambry
- Kerjasama Erat Kerajaan Persekutuan, Negeri Pastikan Sabah Terus Maju - PM
- PH Kekalkan Arthur Chiong Untuk Pertahan DUN Bukit Batu