"Terlajak Kata Buruk Padahnya" - Fahmi
PUTRAJAYA, 8 Jun (Bernama) -- Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Datuk Fahmi Fadzil memberi peringatan supaya pemimpin politik lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Ketika ditanya mengenai kenyataan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berhubung pendirian Barisan Nasional (BN) Johor yang enggan bekerjasama dengan DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, beliau secara ringkas berkata: “Terlajak kata buruk padahnya”.
Beliau yang juga Menteri Komunikasi ditemui selepas Sesi Persidangan Meja Bulat Pelaporan Media Selamat Berkaitan Tingkah Laku Bunuh Diri di sini hari ini.
Sementara itu, Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang turut hadir pada sesi itu mengingatkan semua pihak agar tidak mengambil pendirian terlalu tegar dalam soal kerjasama politik kerana keadaan boleh berubah pada masa hadapan.
“Jangan rosakkan hubungan. Sayang berpada-pada, benci pun berpada-pada. Kita tidak tahu apa takdir yang mendatang jadi jangan terlalu ekstrem, jangan terlalu jumud,” katanya.
Terdahulu, Onn Hafiz berkata bahawa BN Johor tidak akan bekerjasama dengan DAP sekiranya parti itu diberi mandat untuk membentuk kerajaan negeri.
Pengerusi BN Johor itu turut menegaskan beliau lebih rela melepaskan jawatan Menteri Besar daripada bekerjasama dengan DAP dalam kerajaan negeri.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- Forensik Bomba Jejak Punca Kebakaran Di Kampung Gok Kapur Melalui Corak Kebakaran
- Warga Emas Rugi RM9 Juta Diperdaya Pelaburan Tidak Wujud Di Kuching
- Lebih 6,000 Anggota, Veteran ATM Dapat Manfaat Program Veteran MyWira
- Rezeki Kali Pertama, Remaja 17 Tahun Menang Motosikal Elektrik Di Fun Walk HAWANA 2026
- APMM Teruskan Operasi Carilamat Dua Nelayan Hilang Di Perairan Kemaman