04/06/2026 01:59 PM
Ribut Petir, Hujan Lebat Di Lima Negeri Hingga 3 Petang
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri hingga 3 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan, keadaan itu berlaku di Terengganu (Dungun dan Kemaman), Pahang (Jerantut) serta Selangor (Hulu Langat).
Keadaan sama dijangka melanda Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin) dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- Komuniti Setempat Prihatin Bantu OKU Lembam Dapatkan Kad Pengenalan
- Masa Depan Media Terletak Pada Kepercayaan Awam, Bukan Kandungan Tular
- Anwar Berlepas Ke Rusia Hadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia
- Tokoh Psikiatri Negara Dr Mahadevan Meninggal Dunia Pada Usia 96 Tahun
- Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Berikutan Penurunan Harga Minyak