Konvensyen BN Johor Dijangka Diawalkan - Setiausaha
JOHOR BAHRU, 2 Jun (Bernama) -- Konvensyen Barisan Nasional (BN) Johor yang dijadualkan berlangsung pada 14 Jun ini berkemungkinan akan dilaksanakan lebih awal.
Setiausaha BN Johor Datuk Abdul Halim Suleiman berkata ia susulan perkembangan politik semasa di negeri berkenaan, terutamanya selepas pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor semalam.
“Mungkin tukar tarikh, sebelum 14 Jun ini,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama.
Semalam, Menteri Besar Datuk Onn Hafiz mengumumkan pembubaran DUN Johor selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Sebelum ini, Onn Hafiz yang juga Pengerusi BN Johor dilaporkan berkata konvensyen berkenaan akan menjadi medan utama untuk memperkukuh tekad, kesatuan serta memperhalusi gerak kerja jentera bagi menghadapi PRN.
BN akan bertanding di kesemua 56 kerusi DUN pada PRN Johor ke-16 ini.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- Brazil 'Gementar' Dalam Perlawanan Pembukaan 'Sukar' - Ancelotti
- Rosmah Buat Laporan Polis, Nafi Dakwaan Fitnah Dalam Video Tular
- Ribut Petir, Hujan Lebat Landa Hampir Seluruh Negara Hingga 9 Malam
- Kumpulan Bersenjata Bunuh Datuk Bandar Di Selatan Mexico
- Geneva Siap Siaga Menjelang Protes G7 Libatkan 50,000 Peserta